Isu di antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof sudah berakhir malah segala saman ditarik balik.
Walaupun sudah berniat baik untuk melupakan kisah silam, masih ada individu daripada keluarga pihak isteri baru Syamsul Yusof yang masih menjaja isu penceraian Puteri Sarah.
Pelakon Andai itu Takdirnya itu nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar kerana masih mengganggu ketenteraman hidupnya.
Menurut Kosmo, wanita bernama Wiwie Darvienda Mazweena itu seakan belum ‘move on’ dengan isu tersebut.
Malah wanita tersebut seperti tidak bersyukur apabila Puteri Sarah membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarga yang lain.
“Pagi ini ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila sudah elok semua diselesaikan dan dan tarik saman tetapi masih nak menyalak.
“Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri.
“Awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat kawan rapat kau?
“Sudah tarik saman pun cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa,” ujarnya dalam Insta Story semalam.

Tidak berdiam diri kali ini, ibu kepada dua anak itu menegaskan bakal memfailkan saman serta akan membuat laporan kepada majikan Wiwie.
“Saya akan buat laporan pada majikan awak dan patut malu dengan diri sendiri, attention seeker (dasar kebulur perhatian)!” tegas Puteri Sarah.
Media melaporkan sebelum ini bahawa Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul pada masa itu.
Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya.
Perintah tersebut menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman Puteri Sarah serta keluarganya dan keluarga mentuanya.
Pasangan tersebut akhirnya disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Pada 14 Jun lalu.
Baca juga: Tiada lagi ruang buat Syamsul, Puteri Sarah minta doakan supaya cepat dapat jodoh