“Dekat menu jelas tulis harga, masa bayar tak ada pula ‘complain’,” – Pemilik jelas perkara sebenar

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum mengenai pelanggan yang memuat naik gambar resit nasi ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan.

Tidak mahu salah faham, pemilik restoran, Zulfan Bustami memaklumkan pelanggan tersebut sudah melihat menu makanan yang jelas terpapar harga.

Menurut Harian Metro, pemilik tersebut mempersoal tindakan pelanggan yang sengaja memuat naik gambar sedangkan sudah mengetahui harga makanan tersebut adalah RM20.

“Dia sendiri lihat harga (makanan) dalam buku menu ketika buat pesanan.

“Masa bayar di kaunter tak cakap apa pun sebelum berlalu pergi, kemudian tularkan di media sosial yang mengundang persepsi negatif, apa motif?

“Saya tiada di restoran ketika kejadian, cuma tahu perkara itu selepas dimaklumkan pekerja mengenai gambar makanan dan resit berjumlah RM24 tular di media sosial,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Baca Artikel Penuh