Demi cincin berharga RM600k, lelaki sanggup upah orang masuk dalam parit besar

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka niat mahu mengambil gambar cincin bertatahkan permata jed bertukar mimpi ngeri apabila ia terlepas daripada pegangan tangan.

Malah ia turut terjatuh dari aras sembilan sebuah rumah di Beijing, lebih mengejutkan nilai cincin tersebut mencecah 1 juta yuan (RM665,954).

Menurut South China Morning Post, kejadian tersebut menyebabkan penduduk di sebuah kejiranan di wilayah Guangdong menahan bau busuk selama tiga hari.

Mereka dikatakan turut mengikuti operasi mencari cincin yang dilakukan di saluran parit tersebut.

Berdasarkan hantaran di platform Douyin, lelaki tersebut memaklumkan cincin tersebut terlepas daripada tangan bapanya yang cuba merakam video di tepi tingkap.

Tambahnya, cincin tersebut ditempah khas bapanya dan akan dihadiahkan kepada bakal isterinya sempena majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung.

Baca Artikel Penuh