Demi cinta, majistret kantoi tolong kekasih jawab ‘exam law’

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila seseorang sedang dilamun cinta, maka dia akan melakukan segalanya untuk pasangan untuk membuktikan rasa sayang mereka.

Ada orang memilih untuk memanjakan pasangan dengan duit, ada juga yang sanggup mempelajari hal baru untuk menambat hati kekasih.

Buat lelaki di Uganda ini, dia menunjukkan rasa sayang dengan menyamar sebagai teman wanita untuk mengambil peperiksaan undang-undang lapor Pulse.

Namun segalanya musnah selepas lelaki yang juga majistret itu ditahan kerana menyamar sebagai Irene Mutonyi iaitu teman wanitanya.

Musa Semwogerere dikatakan baru dinaikkan pangkat ke majistret gred satu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman, dua minggu sebelum hari kejadian.

Difahamkan, Musa bagaimanapun tidak sempat menjalankan tugas barunya itu selepas terpalit dalam isu penyamaran ini.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Undang-undang, Frank Nigel Othembi, kelakuan suspek telah melanggar Seksyen 351 Akta Kanun Keseksaan dan Penyamaran.

Musa akhirnya didakwa dengan dua pertuduhan pemalsuan dan direman ke penjara selama lima hari.

“Kami melaporkan perkara itu kepada polis dan dia telah didakwa atas dua pertuduhan.

“Kami akan memastikan bahawa kes ini didakwa sepenuhnya sehingga selesai, termasuk semua orang lain yang bersalah”, katanya kepada sumber.

Badan Kehakiman Uganda melaporkan pelantikan Musa akan dibatalkan selepas terpalit dalam isu tersebut.

Ini betul-betul ‘next level’ sayang dekat pasangan, sampai sanggup pertaruhkan kerjaya demi kekasih hati.

Baca juga: Suami isteri terkejut diserbu jabatan agama, rupanya ada makcik puaka report siap hantar orang ‘spy’ sampai hotel