Di mana wujud bandar besar yang ada IPT, di situ ada pesakit HIV – Doktor ini dedah sisi gelap sebahagian penuntut

Oleh ARIF ATAN

Jangkitan HIV disebabkan amalan seks songsang (gay) turut melibatkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) sehingga boleh dikatakan di mana wujud bandar besar yang ada IPT pasti ada kes HIV.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong mendedahkan kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV adalah dalam kalangan pelajar IPT.

Beliau menyatakan hal itu sebagai amat membimbangkan kerana melibatkan golongan muda.

“Tak keterlaluan saya katakan, dalam 100 pesakit HIV, majoritinya anak muda yang dapat HIV daripada hubungan seks sesama jenis.

“Satu perkara yang amat merisaukan kerana mereka ini sangat muda. Ada yang masih penuntut. Kebanyakan daripada IPT.

“Sampaikan dalam kalangan doktor-doktor, kita kata jika kawasan tempat kita bertugas, adalah bandar besar yang ada IPT, kita pasti akan menerima pesakit HIV yang melakukan hubungan seks sesama jenis,” dipetik dari Sinar Harian.

Baca Artikel Penuh