“Dia punya vibe positif tu lain macam” – Buta selepas kemalangan, ramai kagum tengok semangat wanita ini

Oleh WAN SITI AMINAH

Tidak dapat melihat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak menghalang seorang wanita untuk kekal positif dalam menjalani kehidupan.

Derita hatinya siapa yang tahu, wanita yang tidak lokek dengan senyuman itu terlihat tabah menghadapi ujian yang dikurniakan Ilahi.

Mengalami keretakan di bahagian tempurung kepala, wanita itu kekal tenang ketika berkongsi pengalaman dan keadaan terkini mengenai dirinya.

Walaupun ditarik nikmat setelah ditimpa kemalangan dua bulan lalu, Masitah hanya menggambarkan keadaannya kini dari sudut positif sahaja.

@n.mashyaircond

Masih ada beberapa rakan tertanya-tanya keadaan aku sekarang ? nak lagi best? ada yang tertinggal kereta api tak tahu hujung pangkal apa yang berlaku, yang menyebabkan aku join kelab Orang Kelainan Upaya. so here’s my story Mashy Usahanita Aircond Kebangsaan

♬ original sound – N.Mashy – N.Mashy

“Apa yang boleh saya kongsikan, menariknya menjadi seorang buta adalah saya tidak lagi takut gelap. Itu antara perkara best jadi orang buta.

“Bila kita tak nampak kita kurang menilai orang. Saya bertanya kepada Allah, ‘adakah ujian penglihatan ini adalah untuk saya masuk syurga, kalau ya saya redha’.

“Tapi saya rasa seronok apabila saya tidak merasakan pantasnya waktu berlalu. Saya tak tahu siang atau malam,” ujarnya dengan penuh pasrah.

Reda menerima ketentuan Ilahi, Masitah mengakui dirinya rindu untuk menatap wajah suami tercinta dan ibu yang dikasihi.

Berharap perkongsiannya dapat memberi inspirasi, Masitah bertekad untuk menjadi manusia yang bermanfaat bagi insan lain.

Baca juga: Buat ‘private group’ kandungan lucah untuk suami isteri, wanita tampil mohon maaf