“Dibenarkan balik pukul 2 petang sepanjang Ramadan”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal, iaitu pada pukul 2 petang setiap Jumaat sepanjang Ramadan.

Menteri Besanya, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kelonggaran berkenaan hanya membabitkan pekerja di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

“Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik. Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya kepada pemberita.