Didakwa makan dan promosi mi kari dari kedai tak halal, ini respon Diana Danielle

Oleh WAN SITI AMINAH

Pasangan selebriti popular, Diana Danielle dan Farid Kamil kembali mencuri tumpuan ramai selepas menikmati mi kari dari sebuah restoran di ibu kota.

Mana tidaknya, restoran mi kari dikunjungi mereka yang terletak di Balakong atau Cheras Selatan, Hulu Langat, Selangor itu dikatakan diragui status dan sijil halalnya.

Tidak hanya menikmati pelbagai makanan yang dihidangkan di restoran berkenaan, Diana Danielle turut mempromosikan premis itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform tersebut, bintang filem Imaginur itu mengakui menghubungi cawangan utama untuk bertanya mengenai status halal.

Pasangan itu kemudian dinasihatkan untuk mengunjungi cawangan yang terletak di Balakong memandangkan premis berkenaan lebih ‘mesra’ buat pelanggan Muslim.

“Mangkuk Mi Kari yang terbesar di Malaysia. Mana tak gempal kalau masing-masing layan selera. Sebelum kami pergi, saya telah menghubungi cawangan utama dahulu.

Baca Artikel Penuh