Ingatkan ponteng Parlimen, terjawab akhirnya kenapa tak nampak bayang Hadi Awang masa titah Agong

Oleh KIM SYAZIE

Ketidakhadiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika pembukaan sidang Parlimen semalam menjadi buah mulut ramai.

Ketika Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah untuk pertama kalinya, hanya kerusi presiden Pas sahaja yang dilihat kosong.

Disebabkan ahli Parlimen Marang itu mempunyai rekod tidak cantik sepanjang persidangan Parlimen sebelum ini, ramai yang mempersoal mengapa beliau ponteng pada hari pertama pembukaan Parlimen.

Ada juga yang melabelnya sebagai derhaka kerana tidak hadir ketika Agong baharu menyampaikan titah pertama baginda.

Parlimen

Begitupun, ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman tampil menjelaskan mengenai ketidakhadiran Abdul Hadi ketika sidang Parlimen semalam.

Menurutnya, kesihatan Abdul Hadi masih tidak mengizinkan dan dalam tempoh pemulihan.

Baca Artikel Penuh