Kerajaan Madani mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kerajaan memlalui Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan pemberian diskaun tol itu dilaksanakan selama dua hari iaitu bermula pukul 12.01 tengah malam pada 14 Februari dan berakhir 11.59 malam keesokan harinya.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan itu melibatkan Implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.5 juta
“Inisiatif ini tertakluk kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang, namun ia dikecualikan bagi plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuh Raya Utara Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
“Pemilihan tarikh tersebut bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan selain mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan di sepanjang kawasan hentian sebelah serta kawasan rehat dan rawat di lebuh raya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari in