Dituduh ambil dadah dan ‘bela’ Andy, Puteri Sarah saman bekas staf RM1 juta

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai seorang wanita menyatakan bahawa dia ditipu rakan perniagaan yang juga seorang selebriti.

Tidak berdiam diri dan teruskan mengumpul bukti, pelakon Puteri Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap stafnya, Nazatul Nazira.

Puteri Sarah turut mrmuat naik perincian saman tersebut ke semua media sosialnya semalam.

Dapat dilihat banyak kata-kata kurang enak dilemparkan kepada pihak Sarah dan menyatakan bahawa pelakon tersebut mengambil dadah.

Nazatul juga mengakui dirinya adalah rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’

Malah melabel Sarah sebagai seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Baca Artikel Penuh