Dua jam ‘sidai’ penghantar barang, sekali jawapan diberi pelanggan meruntun jiwa

Oleh MAISARAH AISYA

Pelbagai ragam diterima dan terpaksa dilayan penghantar barang terutama membabitkan pembeli yang menggunakan Cash On Delivery (COD) atau bayaran secara tunai.

Ada yang berpura-pura tiada di rumah, tak balas mesej hingga akhirnya penghantar barang terpaksa memulangkan semula barang tersebut kepada pihak kurier.

Tular satu tangkap layar perbualan seorang penghantar barang dengan pelanggan apabila dia terpaksa menunggu lama untuk proses COD.

“Cik, ini penghantaran barang semalam yang COD dua barang tu, jadi ke nak ambil hari ini. Jumlah dua barang tu RM220,” ujar penghantar barang tersebut.

Namun selepas tiga jam menunggu maklum balas yang tak kunjung tiba, penghantar barang itu menghubungi pelanggan wanita sebanyak tiga kali.

“Saya sudah sampai depan rumah, dekat rumah tak ada orang ke?” soal penghantar barang tersebut yang tidak menerima maklum balas pelanggan.

Hampir dua jam menunggu barulah pelanggan tersebut membalas mesej untuk memulangkan balik barangan tersebut kerana sudah tak diperlukan.

“Maaf sangat-sangat sebab susahkan abang (penghantar barang), saya ada hal kecemasan tadi. Barang tu return (pulangkan), itu mini sofa dengan bunga tangan untuk majlis tunang.

“Bakal tunang saya curang dan lari dengan perempuan lain, minta tolong abang pulangkan semula kepada penjual. Maaf,” ujar pelanggan tersebut.

May be an image of text that says "J&T Express here. Your Parcel out delivery. Parcel please do pay via DuitNow for fast and seamless Call our customer service hotline for enquiries. 12:48 Assalamualaikum cik. Ni parcel semalam barang ambik ke hari ni? cod Total barang rm220 Hi,J&T Express dispatcher has arrived collect your parcel. Thank Express parcel your location. for using J&T Voice 3:46 dah sampai depan rumah, kat rumah tak orang ke?? Voice @wanzaquan9 d@wanzaquan9 sgt2 bang susahkan ada emergency tadi. Barang tu return jelah bang. sofa dgn bunga tangan utk majlis pertunangan Tapi bakal tunang sy curang,dia lari dgn perempuan seller bang Maaf bang"

Rata-rata netizen turut keliru mahu marah atau bersimpati akan nasib pelanggan tersebut.

“Sekarang banyak kes tunang tak jadi, kami pun banyak dapar pelanggan yang tunang dua kali. Ada trauma sampai buat majlis kecil sebab malu masa buat tunang besaran tak jadi.

“Kalau sebab yang macam ni aku boleh terima lagi, patah hati bukan boleh buat main, silap-silap hilang nyawa.

“Allahuakbar, semoga adik tu jumpa dengan lelaki yang lebih menghargainya. Buat abang J&T banyak kan bersabar, masalah kita semua tak sama,” antara komen netizen.

Baca juga: Pengantin baru kena kecam, nyaris dilanggar kereta api tapi lenggang kangkung keluar dari landasan