Memberi duit raya sudah menjadi tradisi buat umat Islam di Malaysia, nilainya pula bergantung kepada yang kemampuan masing-masing.
Buat pelakon Emma Maembong, dia dan suami tidak melepaskan peluang memberi duit raya namun terdapat kelainan buat pembantu rumahnya.
Emma memilih untuk memberikan ‘duit raya’ dengan cara yang sedikit berbeza kepada dua pembantu rumahnya iaitu dengan menghadiahkan Apple iPhone setiap seorang.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah pembantu rumahnya yang melompat girang sambil mengucapkan terima kasih buat pasangan itu.
“Selamat Hari Raya, saya minta maaf kalau ada salah. Sama-sama ada iPhone baru. Sama rata. Duit raya tak ada tahun ini”
“Kerja rajin-rajin, jangan gaduh-gaduh. Kerja elok-elok” ulas suami Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar.
Malah Emma turut memuat naik gambar keluarga bersama dua pembantu rumahnya yang jelas rapat dengan anaknya, Shafiq Gabriel.
Baca juga: Ini pentingnya ambil insurans penuh ketika memandu di Thailand