Ejen kutipan jadi ‘jutawan’ sekelip mata, seleweng duit zakat lebih RM9.6 juta

Oleh WAN SITI AMINAH

Sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk mengutip zakat disyaki melakukan pecah amanah dengan menyeleweng wang kutipan sebanyak RM9.62 juta.

Difahamkan, syarikat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) itu gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan merakamkan keterangan pihak syarikat terbabit untuk membantu siasatan.

Baca Artikel Penuh