Fenomena jiran ‘goncang kereta’ kembali, malah siap ‘jack’ kereta

Oleh ARIF ATAN

Penduduk sekitar Johor Bahru kembali dapat menyaksikan fenomena ‘goncang kereta’ oleh sesetengah rakyat negara jiran ketika mengisi petrol susulan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Malah, satu gambar tular menunjukkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura
siap bertindak ‘jack’ kereta di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru bagi memenuhkan tangki.

“Lepas isi minyak mesti goncang-goncang,” kata Mohd Noor Faez Hassan manakala Nor Razin Nazreen Hussin pula secara sinis menulis, “Kenapa tak tuang dalam tempat duduk saja, kan lagi dapat banyak (petrol).”

Sikap sesetengah rakyat Singapura cuba mengisi minyak sampai melimpah siap ‘jack’ kereta itu dilihat cerminan ultra kiasu.

“Ultra kiasu isi minyak Malaysia tapi berlagak nak mamp** datang Malaysia,” kecam Mohd Safarudin.

Untuk rekod, menjadi satu kesalahan untuk rakyat Singapura mengisi minyak RON95.

Ekoran itu, orang ramai menggesa kerajaan meneliti semula mekanisme pengisian petrol bagi mengelak ketirisan dalam pemberian subsidi yang merugikan negara.

Dalam masa sama, ada juga pemandu di Johor Bahru berkongsikan pengalaman mereka hari ini melihat cara pemanduan berbahaya oleh pengguna jalan raya dengan kereta bernombor pendaftaran Singapura.

“Baru tadi jumpa kereta plate Singapura. Bawa kereta double line, dibantainya potong dua biji keta sekali gus,” kata Hafizzuddin Hasan.

Lagi kereta yang perlu ‘dijungkit’ di pam minyak.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/menyelesaikan-kesesakan-lalu-lintas-di-sempadan-malaysia-singapura-jadi-keutamaan-malaysia/

Baca juga: https://themalaysialife.com/terhibur-panggil-nama-tak-menyahut-rupa-rupanya-tertidur-dalam-laci-meja-sekolah/