Gadis menangis terlepas flight balik raya ke Sabah, transit ke KL delay punya pasal

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya semua mahu menyambut hari raya bersama keluarga tercinta, tidak kira jarak yang memisahkan dan wang dilabur untuk ke destinasi.

Bagaimapun seorang gadis ini hanya mampu menangis selepas terlepas pesawat yang sepatutnya membawa dirinya ke pangkuan keluarga.

Pengguna TikTok, @abbywhooo sepatutnya pulang ke negeri di bawah bayu namun disebabkan transit yang terlalu lama menyebabkan dia terlepas pesawat.

Abby perlu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum perlu menaiki pesawat lain.

Difahamkan, transit dari Pulau Pinang menuju ke KLIA mengalami sedikit kelewatan.

Menurutnya lagi, kebiasaannya dia akan menaiki pesawat tersebut dari Pulau Pinang terus menghala ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, disebabkan musim perayaan, dia terpaksa membuat pertukaran pesawat di KLIA dan pesawat ke Sabah pula berlepas tepat pada waktunya.

Apatah lagi penerbangan dari Pulau Pinang tiba di KLIA1 dan dia perlu menaiki pesawat ke Sabah menerusi KLIA2.

“Kamu tahukah? Saya sepanjang masa di dalam flight menangis. Sebab saya tengok saja jam.

Lepas saya sampai di KL, saya perlu transit, KLIA 1 ke KLIA 2. Saya tahu sudah saya memang tidak sempat.

“Masa touchdown KL pun saya tengok masa sudah lebih saya punya flight,” katanya.

Malah ibunya turut menasihatinya untuk membeli tiket walaupun pada harga yang lebih mahal, yang penting dia selamat sampai.

“Tiada masalah, teruskan sahaja. Jangan stress-stress. Duit bila-bila boleh cari, yang penting kamu selamat sampai,” tulis pesanan ibunya melalui aplikasi Whatsapp.

Baca juga: Tak jadi lafaz cerai, ini sebenarnya yang Syamsul Yusof mahu dari Puteri Sarah