Apabila anak yang masih muda diberi kelonggaran menggunakan teknologi maka mereka akan lebih cepat terdedah kepada bahan pornografi.
Seorang ibu menerusi Facebook membuat pendedahan mengenai anaknya yang ditendang di kepala hingga menyebabkan dirinya lumpuh.
Puncanya adalah kerana anaknya yang juga ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah.
Tidak berpuas hati, teguran itu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi).
Tambah wanita tersebut, doktor menyatakan anaknya bernasib baik, kerana jika tendangan itu berada di bawah sedikit maka nyawanya mungkin melayang.
“Mujur Allah pelihara anak, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara.
“Makluman terkini, dia sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.
“Doakan anak saya sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat. Laporan polis telah dibuat,” ujarnya di Facebook anaknya.
Rata-rata warganet turut bimbing memikirkan bagaimana pelajar seusianya mendapatkan bahan pornografi.
“Haaa tepuk! Kesalahan membuli, memiliki bahan lucah. Semoga keadilan dapat ditegakkan! Pembuli wajib dihukum! Kecil-kecil dah pandai, kalau tak dibendung besar jadi perogol,” komen Athirah.
“Selain risaukan anak jadi mangsa buli, saya takut anak saya jadi pembuli. Dunia tenat, pengaruh banyak. Semoga anak ini diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala,” ujar Liyana.
“Rasa takut nak hantar anak terutamanya lelaki dengan dunia kian ganas kini. Akhir zaman sudah kita ni,” tambah Norsolihah.
Baca juga: Tak pernah berhenti mengemis, peminta sedekah ini kini miliki aset mencecah RM4.2 Juta!