Gila ke apa ini! kata netizen mengulas desakan BN agar PRU diadakan tahun ini walaupun banjir

Oleh BORHAN AHMAD

“Gila ke apa.” Itulah reaksi rakyat apabila Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN sanggup redah banjir jika pilihan raya diadakan tahun ini.

Bagi mereka, BN terlalu gilakan kuasa manakala kluster mahkamah khasnya Zahid sendiri terlalu takut untuk menunggu pilihan raya diadakan tahun depan apabila ancaman musim banjir selesai.

Zahid ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN di Stadium Titiwangsa semalam berkata, beliau sanggup redah banjir untuk hadapi pilihan raya.

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.

“Isyaratnya adalah jelas dan nyata…’top five’ diberikan mandat untuk berbincang tetapi tarikh belum ditetapkan.

“Jangan bincang sahaja…kena cepat jangan tunggu lama-lama kerana penghasut sedang bekerja keras…PRU15 tidak boleh ditunggu-tunggu lagi,” katanya yang dipercayai menekan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub agar diadakan pilihan raya segera. Ismail kelihatan serba tidak kena dalam majlis itu.

Baca Artikel Penuh