Goreng uri sebelum makan bersama isteri, pelakon beri tip ‘pelik’ pulihkan badan lepas bersalin

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Pastinya banyak petua dan pantang larang yang wanita terima selepas bersalin namun tip menggoreng uri dan makan bukanlah perkara biasa di Malaysia.

Tip menggoreng plasenta atau uri telah dikongsi oleh seorang pelakon dari Taiwan, Benjamin Wong lapor Mothership.

Benjamin menerusi akaun Instagram berkongsi caranya basuh sebelum menggoreng dan makan bersama isterinya yang baru bersalin..

“Melahirkan anak adalah sukar, jadi dikatakan cara terbaik untuk memulihkan badan adalah dengan memakan plasenta.

“Ini adalah cara mudah untuk memasak plasenta,” ujar kapsyen hantaran di Instagram Benjamin.

Pelakon tersebut juga berkongsi rasa uri tersebut yang dikatakan sedap namun isterinya menyatakan bahawa ia agak hanyir.

Rata-rata warganet agak terkejut dan jijik dengan tip yang diberikan namun ada juga meminta untuk menghormati pegangan orang lain.

Baca juga: Lelaki sanggup sembunyi harta lebih RM60 juta, takut bekas isteri tuntut lepas bercerai