Gunting berkarat je terus buang? Ini cara mudah nak bersihkan ia, terus jadi macam baru beli!

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya gunting yang digunakan di dapur cepat sahaja berkarat, bukan itu sahaja pisau pun alami nasib sama.

Mungkin kerana selalu terdedah dengan air dan tak dikeringkan sebelum digunakan untuk memotong bahan masakan.

Bila berkarat benda pertama yang dilakukan adalah ganti ia dengan peralatan baru, rupanya ada cara nak bersihkan karat.

Ikuti perkongsian pengguna Lemon8, Raratuhome mengenai cara membersihkan karat daripada gunting.

Cara bersihkan karat di gunting

Bahan-bahan:

  • Guntung berkarat
  • Cuka
  • Baking soda

Cara-cara:

1. Sediakan gunting yang berkarat, baking soda, cuka dan bekas untuk letakkan gunting.

2. Masukkan gunting yang berkarat ke dalam satu bekas, tak kisah pinggan atau besen.

3. Taburkan baking soda di atas gunting, lebihkan di bahagian yang berkarat.

4. Kemudian tuangkan cuka ke atas baking soda hingga memenuhi semua kawasan gunting.

5. Biarkan selama lima minit dan bilas ia dengan air.

6. Lap gunting hingga bersih dan kering. Selesai!

Cara ini boleh digunakan pada pisau atau mana-mana alatan yang ada kesan karat, maka tak perlu terburu-buru beli baru, jimat duit.

Baca juga: Wanita terkejut tengok gulai ketam suami beli di bazar Ramadan, masih berikat getah!