Gurauan pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Nabil Ahmad terhadap penyanyi Mamat Exist dilihat melampui batas.
Ia adalah susulan pengacara lain, Elly Mazlein mempersoal kehadiran Ezad Exist yang menyertai ‘hot seat’ dan bukannya Mamat.
Menurut Harian Metro, Mamat bagaimanapun sudah membaca penjelasan Nabil berhubung isu tersebut.
Walaupun memahami ia adalah sekadar guraun namun dia tetap mengingatkan pengacara itu untuk berhati-hati semasa bercakap.
“Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.
“Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’ terbitan Astro. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’.
“Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa Nabil menjelaskan masuk ‘high’ yang dikatakan adalah kerana dirinya sudah berada di tahap atas dan bukannya benda negatif.
Mamat berkata, dengan penjelasan daripada Nabil yang memaklumkan apa yang dikatakan mengenai dia berada di ‘tempat tinggi’ bermaksud dirinya adalah seorang ‘legend’, mungkin memang untuk bergurau.
Rata-rata penonton merasa tidak selesa dengan gurauan tersebut dan dilihat agak berlebihan ditambah pula dengan keadaan fizikal Mamat sekarang yang lebih kurus.
Baca juga: Tak tahan dikecam penonton, Kak Lina Pom Pom umum undur diri dari Gegar Vaganza