Inilah sebab mengapa individu perlu stabil dari segi kewangan sebelum berkahwin kerana kos akan lebih tinggi untuk hidup berdua.
Buat pasangan suami isteri dari China ini, beban kewangan bertambah dengan kehadiran cahaya mata di awal perkahwinan.
Si suami bagaimanapun tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi ayah hingga badan isterinya digoncang sehingga akhirnya dia pengsan.
Kejadian berlaku di perkarangan hospital yang terletak di wilayah Hubei, China lapor portal Thaiper.
Lelaki tersebut dikatakan membawa isterinya yang tidak sihat untuk mendapatkan rawatan dan terkejut apabila wanita itu disahkan hamil.

Sebagai satu-satunya punca pendapatan, dia terbeban memikirkan perbelanjaan dengan gaji hanya 5,120 yuan (RM3,288) sebulan.
Tambahan pula si isteri dengan senang menghabiskan 3,800 yuan (RM2,439) untuk kosmetik dan menyuruhnya untuk membayar baki kerana tak cukup wang.
Tanpa dana untuk menyara dirinya dan takut kehilangan anak dalam kandungan, satu-satunya saluran keluarnya seolah-olah menggoncang isterinya.
Bagaimanapun, tindakan ini membawa kepada rasa bersalah yang lebih besar, kerana dia tidak mahu menjadi punca sebarang bahaya kepada bayi dalam kandungan.
Bebanan tekanan yang tinggi membuatkan dia akhirnya menangis di atas lantai ketika berada di luar hospital.
Baca juga: Tiada pendapatan, suami guna RM7,000 kiriman isteri untuk nikahi wanita lain di Thailand