Dapat dilihat banyak ‘content’ di TikTok kini adalah lebih kepada eksperimen sosial dimana perakam bertanya soalan pengetahuan kepada orang ramai.
Mereka akan buat eksperimen untuk melihat reaksi orang ramai dan bertanya soalan yang perlu dijawab segera.
Tular video dimuat naik pengguna TikTok, @raffisimple, yang bertanya kepada remaja sama ada mereka mengenali wajah Perdana Menteri Malaysia Pertama atau tidak.
Jawapan generasi Z ini agak menyedihkan kerana mereka tidak mengenali wajah perdana menteri sendiri walhal ada dalam buku teks sejarah.
Tetapi apabila ditunjukkan wajah artis, laju sahaja mereka menjawab nama anggota Blackpink.
Sebagai rakyat Malaysia, pastinya akan mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj namun nama ini makin hilang ditelan zaman.
Rata-rata netizen sedih melihat jawapan dan reaksi generasi kni yang tidak mengenali Bapa Kemerdekaan.
“Boleh tak kenal Tunku Abdrul Rahman. Tokoh Negara tak kenal tapi kenal selebriti,” komen @tharmaduraizigzag
“Sedihnya jadi rakyat Malaysia macam ini,” tambah pengguna TikTok,
“Boleh lihat macam mana hancurnya semangat patriotik rakyat Malaysia sekarang,” ujar pengguna lain.
Diharapkan agar generasi baru tidak melupakan sejarah dan nama tokoh besar di negara terutamanya mereka yang menjadi asbab kita tidak lagi dijajah.
Baca juga: Dapat yang halal sibuk tengok benda haram-Lelaki layan gambar ‘porno’ padahal sudah ada isteri