“Hanya redakan suasana, tapi tak selesai masalah”, pembeli persoal kenyataan Perodua

Oleh WAN SITI AMINAH

“Perodua sudah jawab, tetapi masih tiada penyelesaian,” itulah maklum balas pemilik Perodua Bezza yang mengalami kerosakan selepas lapan jam kereta itu dibeli.

Maklum balas tersebut adalah respon Nagakanni Subramaniam terhadap kenyataan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berhubung masalah keretanya itu.

Memuat naik hantaran di laman Facebook, Nagakanni yang bekerja sebagai kerani itu tampil mempersoalkan kenyataan daripada syarikat pengeluar kereta tersebut.

Perodua dalam kenyataan itu memberikan jaminan untuk menyelesaikan masalahnya dengan membeli semula kenderaan yang mengalami kerosakan daripada Nagakanni.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa bahawa syarikat itu tidak memberi jaminan dalam bentuk ‘hitam putih’ mengenai pembelian semula kenderaan miliknya.

Syarikat tersebut juga masih belum menjawab persoalan berhubung status pinjaman pertama dibuat oleh pelanggannya untuk membeli kenderaan yang telah rosak itu.

Baca Artikel Penuh