Hanya sebab perberzaan pandangan politik, dua makam pasangan suami isteri, Mattayang Daeng Lengu dan Nurlia, telah digali semula.
Memetik Tribun news, Perbezaan pandangan politik ini terjadi di antara pemilik tanah perkuburan dan anak mendiang, Nurmi.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai bergotong-royong memindahkan jasad ke tanah perkuburan umum di Desa Manjallin
“Lokasi kejadian di salah sebuah kawasan perkuburan Manjalling Ujung Loe, Bulukumba dibongkar secara paksa oleh Pemilik Tanah,” tulis muat naik video tersebut.
Dalam video itu, kelihatan sebilangan penduduk bekerjasama menggali dua kubur yang tidak terletak bersebelahan.
“Ini adalah bukti jelas bahawa perbezaan dalam pilihan memberi kesan kepada orang yang telah meninggal dunia,” kata perakam itu.
Wakil Bupati Bulukumba, Andi Edy Manaf, tampil menenangkan situasi, menyatakan harapan agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang.
“Perbezaan politik tidak seharusnya memutuskan hubungan persaudaraan,” katanya.