Hanya sebab nampak darah pada pakaian, abang pukul adik sebab ingat buat seks

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Tugas seorang abang adalah untuk melindungi adik apatah lagi jika masih berada di usia muda remaja.

Tindakan seorang pengawal keselamatan yang berusia 30 tahun memukul adiknya hingga maut membuatkan dirinya ditahan pihak polis di Thane, India.

Memetik laporan The Times of India, kejadian tersebut berlaku kerana suspek menyangka adiknya yang berusia 12 tahun membuat hubungan seks dengan seseorang.

Tompokan darah tersebut sebenarnya adalah darah haid, namun kerana ini adalah pertama kali maka mangsa tidak tahu cara untuk menerangkan kepada abangnya.

Mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan kerana mengalami cedera parah pada bahagian badan.

Hasil siasatan, tertuduh didapati mencederakan adiknya dengan menggunakan penyepit panas sehingga meninggalkan kesan lecur yang teruk pada badan si mangsa.

Baca juga: Nak muntah tengok jiran selamba buang kondom dari atas rumah, “jijik siap ada bau..”