Hanya menjalankan tugas sebgai seorang bapa, pelawak, Shuib bakal menamatkan zaman duda demi kebaikan anak-anak.
Sebelum ini media melaporkan Shuib dan pasangan, Watie Hanifiah bakal berkahwin pada 23 Jun depan.
Buat Shuib, dia hanya akan berkahwin apabila menerima persetujuan dari semua anaknya sahaja lapor Berita Harian.
“Alhamdulillah segala perkara negatif dan positif saya fikirkan sampailah keempat-empat anak positif.
“Seingat saya anak terakhir yang diberitahu adalah Uwais sebab dia sudah berusia 12 tahun dan makin dewasa.
“Dia adalah orang terakhir yang saya tunggu untuk bersetuju. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” katanya seperti dipetik BH Online.
Bagi Shuib, arwah isterinya pasti mahukan dia membesarkan anak dengan baik dan tanggungjawab itu perlu dikongsi.
“Saya ada tanggungjawab besar sebab arwah Siti Sarah Raissuddin mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik.
“Saya perlukan seseorang untuk bersama saya,” tambahnya.
Shuib kehilangan isteri yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.
Baca juga: Dakwa isteri minta duit untuk gugur kandungan, Hafidz Roshdi buat laporan polis