Bila cuaca panas dan ramai orang sekeliling, masalah bau badan boleh jadi makin ketara, peluh pula mudah keluar, dan kalau tak jaga kebersihan, memang boleh ‘menyengat’.
Situasi macam ni bukan je buat seseorang itu rasa malu, tapi boleh buat orang lain pun rasa tak selesa.
Buat pelakon baharu, Harissa Adlyn mengakui pernah berdepan situasi kurang enak bersama pelakon gandingan yang dikatajkan mempunyai masalah badan dan mulut berbau.
Tegasnya, setiap pelakon seharusnya mementingkan kebersihan diri tertutamanya jika bekerja dengan orang lain lapor Kosmo! Online.
“Saya sendiri akan pastikan saya sentiasa berbau wangi atau tiada bau yang kurang menyenangkan.
“Bila di set saya akan tanya kru atau pelakon jika ada bau kurang enak daripada saya, beritahu saya.
“Bila kita berlakon, kadang-kadang kedudukan kita dengan pelakon lain sangat dekat. Jadi bila badan berbau, memang perit nak kena tahan nafas.
“Bila berlakon ‘outdoor’ lagilah ketiak berpeluh. Penting untuk pastikan sentiasa pakai deodoran agar bau badan tidak mengganggu orang lain,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama pelakon berusia 23 tahun mengakui tidak berani menegur pelakon yang mempunyai masalah bau badan malah nekad melancarkan perfume jenamanya sendiri.
“Ada yang beritahu saya agar saya berterus terang sahaja. Tetapi saya tak sampai hati. Cuma nasihat saya selepas ini sentiasalah jaga kebersihan diri.
“Kalau ‘shooting’ dalam rumah, boleh sahaja tumpang mandi untuk bersihkan diri
“Saya sudah jumpa dengan ramai orang. Bukan pelakon sahaja, tetapi orang lain pun ada juga yang mempunyai masalah badan berbau.
“Jadi saya hasilkan minyak wangi yang tahan lama. Tetapi tak guna juga jika pakai minyak wangi yang tahan lama sekalipun sekiranya kita tidak menjaga kebersihan diri. Kena selalu mandi agar tubuh sentiasa bersih,” jelasnya.
Baca juga: Bilik macam sebiji rumah! Ejen insurans dedah harga wad Tun M di IJN untuk satu malam