“Healing betul dengar jawapan makcik ni!” – 4 tahun jadi suri rumah, rasa lega bila asyik ditanya kerja apa

Oleh Syazwani Malaysiadateline

Walaupun tidak mempunyai kerjaya, menjadi suri rumah sebenarnya adalah sangat memenatkan dan penuh dengan tanggungjawab.

Seorang pengguna Facebook, Dayana Zakariah meluahkan kerisauan hati setiap kali disoal mengenai pekerjaan.

“Kerja apa? Saya ingat saya dah terbiasa dengan soalan begini.

“Ye la dah empat tahun jadi suri rumah tapi rupanya tidak. Bila mak kawan sendiri yang tanya. Segannya!” ujarnya di hantaran Facebook.

Apatah lagi rakan yang membesar dengannya ada kerja dan gaji tinggi, manakala dia dulu sering turun naik pentas untuk anugerah pula tidak ada kerja.

“Masa bawa Tasneem dan Ahmad pergi taman permainan, terjumpa Aunty *** (mak kawan masa sekolah rendah) tengah bawa cucu dia main.

“Rancak je sembang macam-macam, sekali Aunty tu tanya soalan ni. Pucat lesi muka. Saya ambil masa untuk menjawab ambil sengih macam kerang busuk.

“Saya tak kerja pun Aunty. Surirumah je”, tambahnya.

Ingatkan ada ‘nasihat’ yang mahu diberikan namun jawapan balas Aunty itu mampu buat semua ibu merasa bahagia.

“Apa yang tak kerjanya?! Dayana kan jaga anak². Susah tau kerja tu”, ayat Aunty tersebut.

Menjadi suri rumah bukan sahaja memberi cabaran kepada fizikal malah mental kerana perlu melayan perangai anak yang berbeza setiap satunya.

Baca juga: Rupanya TMJ pemilik sebenar istana RM14 Billion ini