Henti beri ruang bank elak tanggungjawab dalam kes scammer, kerajaan perlu bela rakyat

Oleh BORHAN AHMAD

Kerajaan perlu berhenti dari memberikan ruang kepada sektor perbankan untuk menggelak dari bertanggungjawab dalam kes penipuan menerusi telefon dan atas talian (scam) yang telah menyebabkan kerugian lebih RM5.2 bilion di kalangan pendeposit bank.

Ini berikutan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa penipuan melalui scammer ini yang menyebabkan wang simpanan mereka dipindah keluar dari bank tanpa persetujuan, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.

Walaupun tiada statistik tepat yang dilaporkan, media baru-baru ini telah melaporkan bahawa antara tahun 2020 sehingga Mei 2022, hampir 72,000 kes penipuan telah dilaporkan melibatkan kerugian lebih RM5.2 billion.

Baca Artikel Penuh