Hujan lebat berterusan diramal landa 4 negeri hingga Isnin

Oleh MALAYSIADATELINE

Hujan lebat berterusan dijangka melanda negeri-negeri pantai timur serta selatan tanah air sehingga Isnin ini (30 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu. 

Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

— BERNAMA

Baca juga : Amaran 6 negeri bakal alami banjir kilat dalam tempoh 12 jam

Baca Artikel Penuh