Niat hanya mahu menjalani suntikan ‘menarik benang’ muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang, seorang wanita maut lepas setuju suntikan pembesaran payudara.
Ibu kepada anak dua itu dipujuk oleh ‘pakar kecantikkan’ tidak bertauliah dan pembedahan tersebut dilakukan di sebuah rumah dua tingkat di Skudai.
Menurut Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Chen, 29, disahkan meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.
Chen dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada suntikan pembesaran payudara asid hyaluronik.
Suami mangsa, Wong, 35, mendakwa mangsa kemudiannya mengalami sakit dada selepas melakukan proses suntikan itu.
“Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Dia kemudiannya pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari bersama seorang rakan.
“Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa sakitnya itu disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.
“Sekitar jam 7 malam, keadaannya masih belum pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
“Isteri saya terus dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas mengadu tidak boleh berjalan lagi. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 7 pagi,” katanya.
Pihak polis memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini tidak lama lagi.
Isu ini juga mendapat perhatian seorang Doktor Perubatan Estetik, Dr Lim Ing Kien.
Dr Ing Kien dalam hantaran di Instagram memaklumkan proses tersebut berbahaya malah tidak pernah mendapat kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Semua suntikan ke dalam badan perlu diberi dengan pengetahun perubatan dan ia adalah bahaya untuk dilakukan di rumah sahaja.
Para wanita atau lelaki yang mahu melakukan pembedahan kecantikkan, berjumplah dengan mereka yang bertauliah, jangan benarkan cecair tidak diketahui masuk ke tubuh badan.