“Ibu saya susah bangun pagi” – Warganet terhibur baca surat tak hadir sekolah murid, suruh lagi anak tulis sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Ingat lagi zaman dulu kalau ada hal kecemasan dan tak dapat datang sekolah mesti kena usulkan surat kepada guru.

Biasanya memang si anak sudah pandai menulis yang akan buat dan ibu bapa hanya akan sign surat tersebut.

Tetapi murid ini dilihat terlebih jujur dalam suratnya apabila dia memaklumkan bahawa ketidakhadiran dirinya ke sekolah adalah disebabkan si ibu.

“Ini kerana beliau tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut disebabkan masalah keluarga kerana ibu saya susah nak bangun tidur waktu pagi.

“Selain itu ibu saya juga kerap kali menyuruh saya tidak hadir ke sekolah kerana boleh membantu ibu di rumah membuat kerja-kerja di rumah.

“Ibu saya seorang yang pemalaslah cikgu,” ujar surat tersebut yang dimuat naik pengguna Facebook Vochelle Putih.

May be an image of ticket stub and text

Rata-rata warganet mengakui pelajar tersebut dilihat terlalu jujur tapi menganggap surat tersebut bukanlah surat sebenar kerana pada tarikh 9 Januari sekolah masih belum di buka.

“Bertuah punya ibu, boleh diberikan kuasa pada ank tulis surat.

“Hahaha kesian anak ni, kalau dia seorang yang pandai boleh terencat nanti

“Haha kelakar tapi sekolah pun tak buka penggal lagi Januari tu,” antara komen warganet.

Malah ada pengguna Facebook yang berkongsi kisah anak muridnya mengisi sendiri Borang Maklumat Murid hingga dia terpaksa menghubungi ibu bapa pelajar tersebut.

“Tahun lepas bapa kerja polis suruh anak isi Borang Maklumat Murid. Bahagian pendapatan ibu bapa, disuruhnya anak isi agak-agak sahaja.

“Ibunya guru, tak masuk akal pendapatan ibu bapa seminima itu, lalu saya chat. Terus terang bapa kata dia yang beri arahan suruh anak isi jumlah tu,” katanya.

Baca juga: Puas hati tengok nenek Kelantan ini lipat baju kemas dan tersusun, siap tunjuk ‘tutorial’ cara lipat dengan cantik