Tidak rela melihat anaknya terus menderita, Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali nekad berangkat ke puncak Gunung Jerai.
Kepergian bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey adalah untuk merawat kanak-kanak itu daripada gangguan sihir.
Menurut Hidayah, tujuan utamanya adalah untuk memandikan anak tunggalnya itu di Telaga Tok Sheikh yang terletak puncak gunung.
Kunjungan dengan penuh keazaman, Hidayah berharap ikhtiarnya itu mampu memulihkan kesihatan anak yang berusia empat tahun itu.
Hidayah juga sempat mengerjakan solat di puncak gunung yang dikatakan memberinya aura ketenangan.
Perjalanannya itu dikongsikan Hidayah menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, @hidayah_hamzah.
“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh. Semoga anak ibu kembali sihat (seperti) sedia kala, Amin.
“Alhamdulillah dapat solat di Telaga Tok Sheikh. Di sini rasa aura yang sangat luar biasa. Solat mohon pada Allah kesembuhan anak ibu,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Hidayah juga tidak ambil peduli akan sebarang pandangan atau kritikan negatif akibat dari perbuatannya.
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang nak cakap. Hanya Allah yang mengetahui.” Ulasnya.
Islam menganjurkan umatnya untuk berdoa dan berikhtiar, namun usaha yang dilakukan haruslah berlandaskan hukum syarak.
Baca juga: Penantian selama 138 tahun berakhir, keluarga akhirnya dapat waris perempuan pertama