Kehidupan bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim sering menjadi tumpuan kerana memilih hidup bersederhana.
Malah isu seperti tiada mesin basuh menjadi bahan kecam netizen namun segalanya bersebab buat keluarga itu.
Menerusi satu temu bual bersama Mingguan Wanita, Ina memaklumkan dia jarang menggunakan peti ais kerana memilih untuk membeli barang basah yang segar.
“Sebenarnya macam ni tau, pasal peti ais tu sebenarnya kami memang daripada nikah tu memang kita (Ina dan arwah Suhaimi) tak nak peti ais. Tak penting pun. Cakap je benda tu ada tapi tak berguna.
“Sebabnya dekat rumah masa duduk di Kelantan banyak kedai tepi jalan yang jual sayur sayuran, semuanya segar, ikan pun segar,” kongsinya dalam temu bual tersebut.
Dalam masa sama Ina memaklumkan kebiasaan lauk dimasak hari itu akan habis pada hari sama untuk mengelak pembaziran.
“Dan kami ni jenis makan, pagi masak lain, nanti malam kita orang makan kat luar. Kadang-kadang memang selera kita bukan waktu ni tengah hari asam pedas sampai ke malam.
“Nanti malam arwah kata jom kita makan luar. Contoh lah jom kita makan mamak. Kalau contoh hari ni kita nak makan tom yam, kita beli je bahan-bahan tom yam tu, kita masak.
“Tak payah simpan. Memang kita makan sampai habis, tak adalah masuk-masuk dalam peti macam tu lah. Hari-hari makan bahan segar.
“Benda-benda (makanan) lama-lama simpan pun tak elok untuk kesihatan,” kongsinya.
Jelasnya selepas melihat kecaman, suami barunya Mohd Khairul Rizal Shukor menyediakan segala kelengkapan baru termasuklah mesin basuh dan pengering.
Baca juga: Malaysia jadi tuan rumah Sidang Kemuncak Digital ASEAN pertama kali