Ini 9 tabiat pelik Raja Charles III yang ramai tak tahu, paling tak sangka rupanya penonton setia sinetron

Oleh KIM SYAZIE

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai pemerintah ke-40 Britain di Westminster Abbey.

Baginda menaiki takhta menjadi Raja selepas kemangkatan bondanya pada 8 September 2022.

Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.

Memetik Astro Awani, baginda memiliki beberapa makanan, hobi serta tabiat kegemaran tersendiri, jom kita lihat

1) Penggemar menu telur

Raja Charles III menggemari menu telur dan ia lebih jelas menjelang hari pertabalan. Tidak hairan apabila hidangan Quiche dipilih sebagai hidangan istimewanya. Quiche adalah makanan yang berasal dari Perancis. Makanan ini diperbuat daripada tepung gandum bersama bayam, ikan salmon, ayam, daging salai yang disalut dengan keju.

Menurut seorang chef yang mendakwa telah membakar quiche untuknya, Charles sangat menggemari menu telur dan keju. Malah ada laporan memberitahu Charles menikmati tujuh biji telur setiap pagi ketika sarapan.

2) Penggemar sayur segar dari ladang
Raja Charles III juga sangat menyukai sayuran segar
dipetik terus dari ladang seperti bayam, tarragon dan kacang panjang. Charles malah dilaporkan membawa hasil tanaman bersamanya ketika melakukan lawatan diraja.

3) Penonton setia sinetron atau kata lain ialah drama
Tidak ramai yang tahu, Raja Charles III gemar menonton drama. Dia juga menunjukkan sokongan dengan laungan mengejut kepada drama Emmerdale di Anugerah Televisyen Kebangsaan Oktober lalu.

Charles berkata dia telah menonton rancangan itu sejak zaman Emmerdale Farm pada tahun 1989. Menurut Euronews, dia juga menonton Poldark, sebuah drama bersejarah dan The Night Manager yang menampilkan Tom Hiddleston.

4) Tulisan tangan yang unik
Raja Charles III mempunyai tulisan tangan yang sangat tersendiri. Beberapa suratnya dalam edaran menunjukkan tulisan tangannya dan dirujuk sebagai ‘memo labah-labah hitam’. Nama panggilan itu diberikan kerana tulisan Charles memiliki ‘signatur’ khas yang bergaya kursif nipis, halus dan rapat.

5) Sentiasa bawa tempat duduk tandas kulit khas
Menurut penulis biografi Christopher Andersen, Raja Charles III tidak pernah melawat keluar tanpa tempat duduk tandas material kulit khas. Sebuah lagi tabiat Charles turut didedahkan oleh Pakar Diraja Tina Brown yang berkata dia turut membawa dua lukisan landskap Scotland dan katil ortopedik.

6) Dengar muzik dengan lembu
Raja Charles III sering mendengar muzik dengan lembunya. Menurutnya, muzik boleh menjadikan proses memerah susu lembu lebih menyeronokkan.

Malah dia pernah meminta penyanyi Katy Perry menyanyi untuk tanamannya, sesuai dengan tabiatnya yang membisikkan perkara manis yang dipercayai dapat mempercepatkan tumbesaran tumbuhan.

7) Memiliki nama penuh yang panjang
Raja Charles III memiliki nama penuh yang lebih panjang iaitu Charles Philip Arthur George Mountbatten Windsor.

8) Tidak pernah Makan siang
Lapor CNN Indonesia, menurut orang dalam istana dan dikonfirmasi oleh stafnya, Charles tidak pernah makan siang.

9) Punya tisu toilet yang digemarinya
Tabiat pelik lainnya adalah, Charles memiliki tisu toilet kegemarannya yang dibawa kemanapun Charles pergi yakni, Kleenex Velvet.

Baca juga: Dulu berangan nak buat rumah besar 2 tingkat, bila usia dah lanjut baru aku sedar rupanya…