Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar oleh seorang lelaki di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Isnin lalu.
Ini kronologi kes berdasarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam.
1 Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias mendapati suspek berusia 20 tahun membawa teman wanitanya menaiki sebuah kereta di kebun kelapa sawit itu kira-kira jam 10 malam.
2. Suspek yang juga lepasan sebuah kolej tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun.
3. Suspek mengenali mangsa sejak setahun lalu dipercayai naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaannya untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah tersebut – menurut sumber polis
4. Sebelum kejadian lebih parah, berlaku pergelutan antara kedua-duanya hingga lelaki itu bertindak memukul mangsa hingga mati.
.5 Lelaki tersebut kemudian bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat wanita berkenaan
6. Dia yang membakar mayat mangsa kemudiannya pulang ke rumah.
7. Disebabkan berasa tidak sedap hati, dia kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol
8. Suspek membakar mangsa yang juga pekerja sebuah kedai makan untuk melupuskan mayat selain cuba membuang semua barang bukti di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor.
9. Tindakan suspek disedari orang awam yang menemui mayat terbakar di lokasi kejadian sebelum menghubungi polis.
10. Bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis menahan suspek di sebuah rumah keluarganya pada jam 1.45 petang Selasa di Sungai Besar.
11. Polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman selama enam hari bermula Rabu untuk membantu siasatan
12. Mayat mangsa yang terbakar 60 peratus dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat
Baca juga: “Tadi dah naik, ni dia ada lagi” – Pasangan kembar buat Pemaisuri Selangor jadi keliru di majlis konvo