Isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar kembali menjadi bualan warganet selepas muncul dalam video siaran langsung yang dibuat isteri pelakon Azlan Komeng di TikTok.
Ketika bersiaran langsung, Ira dilihat berada di belakang isteri Azlan, iaitu Nur Nilam Ortiz sambil bermain telefon.
Warganet bagaimanapun meninggalkan komen kurang enak terhadap Ira sekaligus mengejutkan Nur Nilam dengan kecaman terhadap anak Kazar itu.
Nur Nilam turut pelik bagaimana Ira mampu bertahan dengan kritikan pedas yang dilempar terhadapnya.
“Astaghfirullahalazim. Jangan macam itu sayang. Kesayangan-kesayangan kakak semua jangan macam ini.
“Aku macam, macam mana kau boleh hadap ni Ira?,” katanya semasa siaran langsung berkenaan.
Menerusi video tersebut dapat dilihat Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, yang memakai pakaian serba merah duduk di sisi Nur Nilam sambil bermain telefon.
Ira yang kelihatan tenang dengan segala komen buruk terhadapnya meminta Nur Nilam bertenang dan tidak mempedulikan kata-kata kecaman ditinggalkan netizen.
Pada masa sama, Nilam secara terbuka memberitahu Ira sedang menerima kifarah atau balasan atas perbuatannya sendiri.
“Macam mana nak cakap eh. Ira dia tengah mengalami kifarah sekarang. Dia pun dah redha dah. Dia bersyukur apa yang Allah bagi dekat dia. Dia terima dia ikhlas, Insya Allah.
“Kita doa yang baik-baik je untuk dia,” tambahnya
Ira bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi kepada kata-kata Nur Nilam dan hanya tersenyum ketika bermain telefon.
Kenyataan tersebut menimbulkan rasa ingin tahu netizen sehingga memintanya bercerita lebih lanjut tentang kifarah diterima Ira.
Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 5 Januari lalu.
Nama Ira sebelum itu hangat diperkatakan susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.
Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Baca juga: Nak diet dan tak guna minyak banyak masa masak? Doktor kongsi cara sebenar gunakan air fryer