Pengorbanan si suami dalam menyediakan segalanya untuk keluarga dengan bekerja keras akhirnya dibalas dengan tahi oleh wanita yang bergelar isteri.
Taktala si lelaki keluar mencari duit, isteri turut keluar mencari lelaki bagi memuaskan hawa nafsu.
Akhirnya terbongkar, isteri yang menjaga hubungan dengan Allah tergamak melakukan perbuatan haram di belakangnya.
Malah teman lelaki yang dicari juga bukanlah biasa-biasa, semuanya ada pangkat di jabatan isterinya, tidak kira tinggi mahupun rendah.
“Apa yang menghairankan saya, isteri bukan anak orang sembarangan, dia anak orang ulama, pandai mengaji Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim.
“Baca Yassin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan,” ujarnya.
Tapi demi anak-anak dia berkorban hinggalah terbongkar bahawa anak keduanya mungkin bukan dari benihnya sendiri.
“Satu hari anak kedua saya pulang bercuti dari universiti, sampai ke rumah dia terus memeIuk saya dengan tangisan katanya dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.
“Tentulah saya terkejut besar. Bila saya tanya lebih lanjut mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya lain.
“Malah tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan boleh sampai ke tahap ini,” tambahnya.
Walau bagaimanapun sehingga kini dia masih tidak menceraikan isterinya dan anak-anak juga sudah hilang hormat terhadap ibu mereka selepas mengetahui hal sebenar.
Baca juga: Isteri minta cari rumah sewa sebab tak tahan perangai ibu mentua, jawapan suami pula buat naik darah