Isu bantuan banjir: Rakyat Indonesia cipta lagu, luahkan kemarahan pada pemerintah

Oleh KIM SYAZIE

Sekurang-kurangnya dua lagu dicipta sebagai tanda protes dan luahan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Indonesia berikutan keengganan pemimpinnya menerima bantuan luar.

Rakyat Indonesia menghasilkan lagu yang mengkritik pemerintah mereka kerana memperkecil bantuan yang dihantar negara jiran terutama Malaysia.

Mereka merujuk kepada kenyataan Menteri Indonesia baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah bantuan dari Malaysia “tidak seberapa”.

Menteri itu mendakwa, walaupun bantuan luar sentiasa dihargai, tetapi sumbangan berskala kecil tidak seharusnya mencetuskan gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada negara lain.

Susulan itu netizen dari negara jiran menghasilkan lagu-lagu sindiran yang mengkritik kerajaan, sambil mempersoalkan sama ada bantuan perlu berskala besar terlebih dahulu untuk dihargai.

Mereka pada masa sama menyatakan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang masih lagi membantu Indonesia walau negara sendiri turut dilanda banjir..

Baca juga: Dah bayar RM28k, ‘ah long’ ditahan selepas paksa mangsa bayar RM60k