Isu pemanasan global: Ibu negara Kuala Lumpur jadi nama stesen kereta api di Jerman 3 hari

Oleh NASUHA RAHMAN

Ibu negara Kuala Lumpur dijadikan nama stesen kereta api di Jerman selama 3 hari untuk meningkatkan kesedaran tentang memerangi pemanasan global.

Menurut laporan NDR, Hamburger Verkehrsverbund (HVV) telah menukar beberapa perhentian bas dan nama stesen metro untuk memasukkan nama negara yang lebih panas, dalam usaha untuk menarik perhatian kepada kemungkinan akibat perubahan iklim.

Antara stesen metro yang terjejas ialah stesen Schlump, yang digabungkan dengan Kuala Lumpur yang cerah, ditukar kepada Kuala Schlumpur.

Jurucakap HVV berkongsi bahawa peningkatan paras laut, kemarau yang berpanjangan dan panas melampau juga telah menyaksikan akibat di Hamburg, Jerman.

Oleh itu, pertukaran nama stesen, walaupun untuk 3 hari sahaja, adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang “bagaimana rupanya di sini jika kita tidak mengambil tindakan balas”.

Lain-lain termasuk Balearenfeld (Bahrenfeld), Seychellingen (Stellingen), Havannerbrook (Hammerbrook), Mallermöhe (Allermöhe), Saharalandstraße (Saarlandstraße), São Pauli (St. Pauli), S Casablankenese (S-Bahn Blankenese), Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) , U Mümmelmannbeach (Mümmelmannsberg) dan Schenefelder La Paz (Schenefelder Platz), dipetik World Of Buzz.

Baca Artikel Penuh