“Itulah jahat lagi”, Rakyat Malaysia puas hati Mercedes putih terbakar lepas lari rempuh motor

Oleh KIM SYAZIE

Orang ramai meluahkan rasa marah terhadap seorang pemandu Mercedes yang didakwa cuba melarikan diri selepas merempuh sebuah motosikal sehingga penunggangnya cedera parah.

Mercedes itu dilaporkan terbakar 100 peratus selepas cuba melarikan diri, sekaligus membuatkan ramai puas hati melihat balasan yang diterima pemandu itu.

Mereka juga bersatu hati mengecam perbuatan pemandu berkenaan, selain mengatakan tidak akan bersimpati terhadap nasib menimpa pemandu tersebut.

Menurut laporan media dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu, pemandu berusia 34 tahun yang juga warga tempatan dikesan merempuh sebuah motosikal selepas keluar dari Plaza Tol Chan Sow Lin di Lebuhraya SPE.

Dalam video yang ditularkan orang awam pula, pemandu kereta didapati tidak berhenti selepas kenderaannya merempuh motosikal ditunggangi lelaki tempatan berusia 34 tahun.

Menurut pihak polis, kereta SUV itu dikesan berada di Plaza Tol Wangsa Maju (Lebuhraya SPE) selepas berhenti kerana mengalami kebakaran bermula dari bahagian bonet hadapan kereta.

Penunggang motosikal itu cedera di kepala, muka dan perut, manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu di media sosial Facebook dan X, semua berpakat mengecam pemandu kenderaan terbabit dan menggesa pihak polis agar tidak melepaskan pelaku dengan sewenang-wenangnya.

Ini kerana sudah terpampang bukti jelas bahawa pelaku cuba melarikan diri dan langsung tidak mahu bertanggungjawab selepas melakukan kesalahan.

“Erti kata sebenar “Tuhan bayar CASH”. Ini kejap lagi keluarlah ayat “minta maaf”, “kad OKU”,” tulis laman Malaysia Most Viral.

“Seronok aku tengok kereta putih ni terbakar puas aku” kata individu lain

“Itulah jahat lagi” komen lain pula.

Baca juga: Che Ta nafi Aaisyah dilahirkan dalam ‘dulang emas’, hanya mahu yang terbaik buat anak