Janda anak 3 minta jadi isteri kedua, Siti Elizad terkedu diperli tak mampu bagi zuriat

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja yang tidak mahukan anak selepas berkahwin namun tak semua dikurniakan rezeki untuk dapat cahaya mata.

Namun masih ada segelintir pihak yang sengaja mengambil peluang untuk mencucuk jarum dan menawarkan diri jadi isteri kedua.

Pelakon Siti Elizad akui terkejut apabila sering menerima mesej daripada janda anak tiga yang tidak penat menawarkan diri untuk bermadu.

Dalam temubual bersama mStar itu, Elizad mendedahkan dia sering diganggu wanita tersebut dan memintanya untuk bertanya sendiri dengan suami.

“Dekat media sosial, wanita zaman sekarang makin berani. Ada yang sanggup mesej kata saya tak mampu bagi suami anak, dia ‘confident’ sebab anak dah tiga.

“saya terkedu juga jadi saya tanya suami kalau awak mampu silakan sebab saya sedar saya tak mampu nak bagi suami waris,” ujarnya dalam temu bual tersebut.

Akui terasa hati

Siapa sahaja tak terasa hati bila muat naik gambar dengan suami sahaja, ada pula manusia sibuk promosi diri untuk bagi cahaya mata.

“Saya sebagai isteri mestilah terasa. dia senang sahaja cakap suami hanya perlu jaga dia dan anak dan saya boleh sibukkan diri dengan kerja.

“Saya terfikir alang-alang jadi nombior dua baik jadi bibik saya terus. Sampai sekarang ya dia masih mesej benda sama, bersungguh betul nak bemadu,” tambah Elizad.

Dalam pada itu, Elizad tidak menolak andai kata suami mahu berkahwin dua asalkan ia keluar dari mulutnya sendiri dan bukan sebab dipaksa orang.

Baca juga: Sempat bermaaf-maafan, Datuk Red sah bercerai dengan isteri pertama