Jangan biarkan anak tidur dengan ‘teddy bear’! Haram rupanya…

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ibu bapa yang mahu mengajar anak untuk tidur sendirian akan memberikan anak patung untuk menemani mereka.

Rupanya benda ini tidak boleh dibiarkan, tiada masalah untuk bermain dengan anak patung tapi tidak perlu dibawa tidur bersama.

Memetik Kosmo! Online, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), memaklumkan hukum tidur dengan patung mainan tersebut adalah haram.

“Sekarang ini, ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.

“Fasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung ‘bear’ lah, ‘adudu’ lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis.

“Ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung, hukumnya haram,” katanya dalam satu sesi ceramah sebelum ini.

Baca Artikel Penuh