Jangan pandang hina pekerjaan orang, terbeliak mata kalau tengok gaji pekerja ‘retail’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati kerana sering dipandang rendah hanya kerana pekerjaannya sebagai seorang juruwang di sebuah pasar raya terkemuka dalam negara.

Dia tidak berpuas hati dengan mentaliti segelintir masyarakat yang merendah-rendahkan pekerjaan orang lain.

Kami kongsikan coretan penuh individu itu yang diambil dari luahan di IIUMC.

Assalamualaikum semua, nama aku Ani (bukan nama sebenar). Aku hanya nak meluahkan rasa kadang-kadang tak puas hati dengan mentaliti masyarakat yang suka merendahkan kerja orang lain.

Nak dijadikan cerita, aku bekerja di salah satu syarikat pasar raya di Malaysia yang besar dan mempunyai banyak cawangan.

Mula-mula kerja sepatuh masa je, tapi Aeon retail ni ada program pelatih pengurusan terbuka untuk pemegang ijazah. Jadi aku pun mohon, lepas tu dapatlah jadi ketua pasukan (team leader) dekat sini.

Jadi bermulalah kerjaya di sini sampai sekarang dah lebih 5 tahun masih bertahan dekat industri peruncitan di Aeon.

Bukan tak pernah kerja pejabat dulu tapi aku memang jenis orang yang tak boleh kerja duduk sahaja di pejabat.

Aku rasa sangat bosan, kerja berlambak bila kerja duduk setempat. Sebab tu aku memang suka kerja retail dekat Aeon ni. Sebab kerja bergerak selalu.

Apa yang seronoknya adalah reaksi masyarakat ada je yang pandang rendah bila nampak kita kerja melipat dekat selling floor, dekat bilik persalinan.

Kami dekat Aeon ni walaupun ketua gaji RM4,000 ke atas pun kena pakai uniform, kerja multitasking.

Rata-rata ramai dah pernah rasa diperlekeh oleh pelanggan. Kena ke nampak pakai pakaian pejabat baru nampak macam orang berada?

Susun-susun barang, display barang, bilik persalinan, jadi juruwang semua kami buat.

Pelanggan ada yang masih dengan mentaliti tak apa kita sepahkan pandailah dia orang, dah memang kerja dia orang, dia orang dapat gaji.

Ada yang di tempat bayar, campak duit. Minta kad keahlian tak dengar, dah scan barang tiba-tiba nak bagi kad keahlian sebab nak poin.

Peh bengang kena batalkan transaksi dan key in semula tapi tahankan je.

Ada yang kena marah dituduh biadab hanya sebab minta pelanggan masukkan barang sendiri dalam bag kitar semula. padahal lembut je suara juruwang tu.

Saja meluahkan perasaan dan nak bagi nasihat, jangan nak hormat berdasarkan pangkat atau kedudukan. Tolong hormat semua, mudahkan kerja orang.

Jangan cari barang sampai bersepah macam sepuluh orang yang kerja, padahal sekarang sektor ini kekurangan pekerja.

Aku nak bagi tips untuk jadi pelanggan yang baik. Bila ambil baju nak pergi bayar boleh siap-siap tanggalkan hanger sebelum ke kaunter juruwang. Lagi senang proses nak bayar.

Bila dekat bilik persalinan, tinggalkan baju di bakul yang disediakan dekat depan bilik.

Dah semak barang dalam bungkusan, masukkan semula. Susah weh nak matching kan balik barang-barang yang terkeluar.

Pelanggan yang beli bag kitar semula, tolong masukkan barang dalam bag sendiri macam korang pergi Ikea (pandai pula masukkan).

Tiba datang Aeon manja nak panggil pengurus sebab juruwang mintak pelanggan masukkan barang padahal kedai lain boleh buat sendiri.

Kepada pelanggan yang penuh adab, yang hormat pekerjaan kami, terima kasih.

Aku sangat suka melayan karenah pelanggan walaupun cerewet tapi tak berlagak, yang berlembut bila minta tolong carikan barang.

Ramai je pelangga  yang bagus. Aku berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang baik. Yang tak ada adab itu memang the lowest, tapi aku sabar sebab kerja.

Baca juga: Tun M cuma mahu jadi penasihat, tiada hasrat nak sandang jawatan PM untuk kali ketiga