“Jatuh terduduk tengok barang kerja aku dalam tong sampah, rupanya mentua ‘bantu’ kemas”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita merasa sangat tertekan kerana sering bertelingkah dengan suami gara-gara perangai mentua yang tidak disenanginya.

Merasa seperti hilang kebebasan, wanita tersebut mulai rimas apabila mentuanya itu sering bertandang dan gemar mengubah sususan barang-barang dalam rumahnya.

Situasi kian memburuk apabila suami wanita berkenaan bertindak membuat keputusan sendiri dengan menyerahkan kunci pendua rumah kepada ibu bapanya.

Khuatir jika masalah akan memburuk suatu hari nanti, berikut luahan wanita yang tidak ingin kebahagiaan rumah tangganya tergugat dengan kehadiran mentua.

“Aku buat luahan di sini atas sebab tekanan yang melampau. Minggu ini kerap salah faham dengan suami gara-gara mak mentua aku. Ibu suami ini baik orangnya. Aku faham niatnya baik walaupun suka buat perkara yang menyakitkan hati. Semangat tolong-menolong sudah sebati dan menjadi personaliti dia yang tidak akan berubah.

“Dua minggu lepas ibu mentua datang untuk ‘tolong’ cat pintu rumah. Aku seorang pelukis, jadi bilik stor penuh dengan benda-benda yang nampak seperti sampah di mata orang lain. Contohnya macam botol plastik, balang kaca kosong, kadbod kotor dan kadang-kadang pembalut plastik untuk elakkan cat dari meresap ke lantai.

Baca Artikel Penuh