Jemaah padat sampai tiada ruang rukuk dan sujud, lelaki tunjuk suasana 10 malam terakhir di Mekah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang individu berkongsi kepada orang ramai bagaimana suasana sebenar di Mekah ketika ini terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam perkongsian di TikTok @yemmi.sui, individu itu menunjukkan bagaimana jemaah berdiri sangat rapat antara satu sama lain, sehingga bersentuhan dengan jemaah di saf hadapan.

Kepadatan itu menimbulkan tanda tanya ramai bagaimana jemaah hendak melakukan rukuk dan sujud kerana tiada ruang langsung untuk melakukan sebarang pergerakan.

“Sekiranya kamu semua tertanya-tanya bagaimana betapa padatnya di Mekah pada 10 malam terakhir. Orang ramai solat tanpa ada tempat untuk sujud,” kata pengguna tersebut pada videonya.

Namun pengguna media sosial bertanya adakah video itu benar-benar suasana ketika umat Islam menunaikan solat, atau ia sebenarnya adalah solat jenazah.

Setakat ini tidak dapat dipastikan lokasi tepat rakaman itu di sekitar Masjidil Haram serta keadaan sebenar keseluruhan jemaah pada waktu kejadian.

Baca juga: Beratur dekat bank dari jam 9 pagi, pukul 1 tengah hari baru dapat tukar duit raya