Jenuh tuannya pekik larang – Gelagat Toyen ‘ligan’ anak ayam hibur netizen

Oleh ARIF ATAN

Jenuh tuan kucing pekik larang sekiranya haiwan peliharaannya ligat bukan main ‘tak makan saman’.

Itu yang dapat dilihat dalam rakaman video yang memaparkan gelagat lucu dan ‘ngeri’ si bulus diberi nama Toyen.

Kucing itu sakan mengejar atau ‘ligan’ beberapa ekor anak ayam di kawasan kampung dipercayai di utara tanah air sehingga ke celah pokok pisang.

Sepanjang empat minit rakaman video itu, anak-anak ayam tersebut nampaknya masih panjang umur meskipun beberapa kali ditangkap oleh Toyen.

“Toyen main je tu. Pandailah dia jaga kuku dan gigi dia. Tengok, elok lagi anak ayam tu walaupun Toyen nampak ganas sangat bermain,” kata warganet diikuti emoji ketawa.

Hal itu disahkan seorang warganet lain yang katanya, “Memang saya tengok kat TikTok selamat anak-anak ayam tuannya.

Baca Artikel Penuh