Kalau pergi IKEA ‘confirm’ beli, pemuda kongsi resipi meatball pujaan ramai

Oleh MAISARAH AISYA

Selalunya mereka yang pergi ke IKEA pasti akan singgah di tempat makan yang menyajikan pelbagai hidangan sesuai untuk seisi keluarga.

Tapi tak semua negeri di Malaysia ada IKEA jadi kalau dah craving sangat boleh cuba resipi yang dikongsi Nazri Ahmad dan dimuat naik semula oleh Salmah Muhamad di Facebook.

Resipi bebola daging ala IKEA

Bahan utama:

  • Bebola daging (jumlah terpulang kepada anda)

Cara memasak :

  • Panggang bebola daging dengan minyak zaitun.
  • Angkat dan ketepikan.

Bahan kentang putar :

  • 3 biji ubi kentang (dikupas, dipotong dan direbus empuk)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar susu full cream

Cara memasak :

  • Selepas kentang direbus empuk, tos dan lenyekkan ketika masih panas sehingga halus.
  • Masukkan mentega dan susu full cream. Kacau sehingga lembut dan licin.
  • Tambah garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Bahan-bahan sos gravy

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 ketul kiub pati daging
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu besar kicap pekat (untuk menggelapkan sos)

Cara memasak :

Baca Artikel Penuh