Kalau pergi pasar malam mesti wajib beli! Boleh cuba resipi ayam goreng seringgit, jimat dan sedap

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau pergi pasar malam mesti pernah nampak ayam goreng RM1, tapi kalau anak banyak mesti tak beli sakit, habis duit belanja.

Kalau masak di rumah, boleh jimat banyak benda, anak pun boleh makan sebanyak mana mereka nak.

Seorang pengguna Facebook, Afy AL Habibi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Afy tampil berkongsi resipi ayam goreng ala pasar malam.

Resipi ayam goreng seringgit macam pasar malam

“Resipi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ini masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu.

“Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.

“Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.

Baca Artikel Penuh